{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
Kuala Lumpur, 10 November 2024 – Berikutan kenyataannya pada 2 November 2024, U Mobile sekali lagi berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan MCMC atas kepercayaan yang diberikan kepada syarikat tersebut untuk menerajui pelancaran rangkaian 5G kedua di Malaysia. U Mobile percaya bahawa mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi penyedia rangkaian 5G kedua negara.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, U Mobile komited kepada kerjasama tempatan dan Straits Mobile Investment Pte Ltd (dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia) telah bersetuju dengan sebuah penyelarasan strategik bagi mengurangkan pemilikan saham kepada 20% untuk meningkatkan peratusan pemilikan tempatan. U Mobile bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua sejajar dengan keutamaan negara, melalui pengukuhan penglibatan dan penyertaan syarikat tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi yang kritikal.
Walaupun pemilikan oleh syarikat asing dalam sektor telekomunikasi merupakan perkara biasa, namun strategi U Mobile mengutamakan pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan pemilikan oleh entiti tempatan. Peningkatan pemilikan tempatan ini menyokong dedikasi U Mobile kepada kepentingan negara.
Penubuhan Rangkaian 5G Kedua Malaysia
Dengan rekod prestasi melebihi 17 tahun dalam inovasi, pertumbuhan dan pengembangan rangkaian, U Mobile yakin akan dapat melancarkan 5G yang pantas dan cekap kos untuk Malaysia. Sebagai syarikat telekomunikasi yang paling baharu dan pencabar pasaran kepada industri, jumlah pengguna U Mobile telah berjaya mencapai 9 juta orang pelanggan pada penghujung tahun 2023. Dengan lebih RM5 bilion dilaburkan dalam infrastruktur rangkaian, U Mobile kini mempunyai lebih 10,000 buah tapak rangkaian, dan liputan penduduk negara telah mencapai 95%, setanding dengan rakan industri yang lain. U Mobile disokong oleh tenaga kerja yang terdiri daripada lebih 1,000 rakyat Malaysia.
Model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) telah diperkenalkan pada tahun 2021, di mana Digital Nasional Berhad (DNB), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, telah dinamakan sebagai pengendali tunggal yang bertanggungjawab mengurus dan menyediakan perkhidmatan rangkaian 5G secara borong kepada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO).
Dengan mewujudkan rangkaian kedua, Malaysia beralih daripada model bersifat monopoli kepada landskap kompetitif yang menyeluruh. Selama ini, persaingan dalam industri telekomunikasi telah membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik dan lebih murah kepada pengguna. Persaingan juga memaksa syarikat telekomunikasi untuk berinovasi dalam produk dan keupayaan.
Memperjuangkan Kesalinghubungan Mampu Milik dan Bertaraf Dunia untuk Rakyat Malaysia
Kejayaan U Mobile boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Sebagai antara syarikat terbaru dalam industri dan pencabar pasaran kepada pengendali utama yang lain, U Mobile merupakan pelopor produk dan perkhidmatan mampu milik dalam industri, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai spesifikasi yang sama atau lebih baik, tetapi pada pengurangan harga sebanyak 20 hingga 25 peratus di bawah standard pesaing. Ini merupakan sebuah pendekatan yang masih dilaksanakan oleh U Mobile sehingga hari ini. Hasilnya, rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan inovatif pada harga yang lebih berpatutan.
U Mobile merupakan peneraju keterangkuman dan kualiti, membolehkan ia merapatkan jurang digital di seluruh negara. Pencapaian utamanya termasuk menjadi syarikat telekomunikasi yang pertama untuk menawarkan khidmat 5G untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang kos tambahan, menjadikan ia perintis kepada pelan data tanpa had mampu milik dan membawa pembaharuan dalam kaedah perkongsian rangkaian.
Sokongan Kewangan Sektor Swasta yang kukuh
U Mobile juga mengaitkan keupayaannya untuk terus membangun dan mengembangdisebabkan oleh sokongan kewangan yang kukuh daripada para pemegang sahamnya, institusi kewangan seperti UOB, CIMB dan AmBank, serta rakan vendor yang membolehkan U Mobile terus berinovasi untuk kekal berdaya saing dan memenuhi sasaran penggunaan rangkaian. Syarikat telekomunikasi ini telah mencapai pertumbuhan yang konsisten, dengan EBITDA yang bertukar positif sejak tahun 2017 serta rekod prestasi aliran tunai operasi yang kukuh.
U Mobile yakin bahawa pemegang saham besar, institusi kewangan dan rakan vendor yang telah menyokong mereka selama ini akan terus memberikan sokongan jangka panjang bagi memajukan pelaksanaan rangkaian 5G yang kedua.
Pelaksanaan, Pengembangan dan Peningkatan Rangkaian yang Pantas
U Mobile telah melabur lebih RM5 bilion dalam infrastruktur rangkaiannya dan berjaya meningkatkan kadar liputan penduduk negara daripada 67.5% pada tahun 2018 kepada 95% menjelang awal tahun 2024 dan telah memasang lebih 10,000 buah tapak setakat ini. Ini menjadikan U Mobile setaraf dan meningkatkan daya saingannya dengan pesaing-pesaing yang lain. U Mobile berbangga dengan pelaburan berterusan dalam rangkaiannya untuk membolehkan rangkaian tersebut dikuasai AI dan lebih berautonomi.
U Mobile bersama para pemegang saham dan rakan kongsi syarikat telah berjaya menyelesaikan pelancaran rangkaian 3G dan 4G di seluruh negara dan komited untuk melabur dalam pelancaran 5G dengan hanya menggunakan pembiayaan sektor swasta.
Komitmen untuk Membina Negara
U Mobile merupakan antara peserta utama dalam inisiatif JENDELA dan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) oleh kerajaan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan merapatkan jurang digital. Melalui inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meluaskan liputan 4G dan meningkatkan kualiti jalur lebar, terutamanya di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, U Mobile sekali lagi membuktikan kepimpinannya dalam memenuhi sasaran pelaksanaan yang besar.
Syarikat telekomunikasi ini telah memperkenalkan pelan pelanggan serendah RM15 sebulan untuk memacu penggunaan digital. Selain itu, U Mobile juga sering menjadi rakan kongsi 4G MOCN dengan menyediakan kesalinghubungan secara percuma kepada komuniti yang memerlukan dan secara aktif menyokong inisiatif kerajaan seperti Pakej Rahmah Siswa dan Pakej Rahmah P-Hailing.
U Mobile ditubuhkan untuk mencabar para peneraju industri dan selepas lebih 17 tahun dan pelaburan melebihi RM5 bilion, U Mobile akan terus membawa pembaharuan dan melabur secara agresif dengan matlamat untuk menjadi pemimpin industri.
U Mobile yakin bahawa rangkaian 5G yang kedua dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih mampu milik untuk rakyat menerusi pengekalan persaingan yang sihat. U Mobile akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baharu, pada masa yang sama melancarkan rangkaian 5G kedua dan memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa U Mobile akan terus disokong tanpa kebergantungan kepada kerajaan.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}