Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki sebuah iPhone 13 atau iPhone 14 TANPA sebarang bayaran untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perantauan global PERCUMA & 1,000GB Data 5G kelajuan tinggi bersama peranti baharu anda. Info lanjut di sini.
Ia adalah jumlah yang belum dibayar daripada bil bulan sebelumnya. Anda mesti membayar jumlah tepat seperti yang dipaparkan dalam penyata bil dengan segera bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Ia meliputi yuran akses bulanan dan caj penggunaan seperti suara, perantauan, perkhidmatan tambah nilai, dan lain-lain. Anda mesti membayarnya sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
‘Yuran Akses’ adalah yuran langganan bulanan yang dibayar untuk penggunaan yang ditanggung daripada bulan sebelumnya, dan merupakan caj berulang. ‘Yuran Akses Pendahuluan’ adalah yuran sekali sahaja yang dikenakan dalam bil bulanan pertama anda dan akan diimbangi dalam pembayaran bil bulanan terakhir, sekiranya anda memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan mudah alih.
Duti Setem adalah cukai yang dikenakan pada dokumen undang-undang.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan kepada mana-mana orang yang dikenakan cukai di Malaysia, dalam proses dan perkembangan perniagaan.
Perkhidmatan mudah alih anda mungkin digantung sekiranya terlepas membuat pembayaran atau jika anda membuat permintaan untuk menghentikan perkhidmatan mudah alih. Dalam kes ini, bayaran pengaktifan semula akan dikenakan apabila anda meminta untuk menyambung semula perkhidmatan mudah alih anda.
Rebat anda akan dipaparkan sebagai jumlah negatif dalam bil anda, dan akan diimbangi daripada jumlah tertunggak untuk bulan tersebut.
Pembayaran yang dibuat melalui saluran masa nyata dikemas kini dalam sistem U Mobile dalam masa satu jam. Pembayaran yang dibuat melalui saluran bukan masa nyata dihantar ke U Mobile pada hari bekerja berikutnya.
Saluran masa nyata - Pusat Servis U Mobile, portal Self Care, Aplikasi MyUMobile, kedai 7-Eleven, Maybank2U dan JomPay.
Saluran bukan masa nyata - perbankan dalam talian, CIMB Clicks, RHB Online, Pembayaran Online POS Malaysia, auto-debit, ATM dan perkhidmatan pembayaran di kaunter seperti POS Malaysia, e-Pay, Mobility One (M1) dan pembayaran cek melalui pos.
Booster dan hadiah akan diberikan berdasarkan pelan tertentu. Oleh itu, ia akan dilucutkan sekiranya anda bertukar ke pelan lain.
Bayaran bil fizikal dikenakan secara tertunggak. Caj di bawah adalah tertakluk untuk permintaan bil fizikal:
Bil Ringkasan – RM5
Bil Terperinci – RM8
Anda hendaklah membuat pembayaran untuk bil fizikal terakhir yang dihantar kepada anda, walaupun setelah menukar ke perkhidmatan e-bil.
Bil terperinci memaparkan perincian caj panggilan dan perkhidmatan pada bil bulanan anda. Yuran bulanan bagi bil terperinci ialah RM8 untuk setiap talian.
Bil fizikal atau bil ringkasan hanya memaparkan ringkasan caj tanpa memperincikan caj panggilan atau perkhidmatan pada bil bulanan anda. Yuran bulanan untuk perkhidmatan ini ialah RM5.
Anda boleh membuat pembayaran melalui saluran-saluran berikut:
Untuk Akaun Individu Korporat:
Untuk Akaun Syarikat Korporat, anda boleh membuat bayaran melalui Pemindahan Online dan Perbankan Online.
Anda boleh membuat pembayaran melalui saluran-saluran berikut:
Untuk Akaun Individu Korporat:
Untuk Akaun Syarikat Korporat:
Anda boleh membuat bayaran melalui Pemindahan Online dan Perbankan Online. Atau, hubungi Pengurus Akaun anda untuk maklumat lanjut.
Untuk Akaun Individu Korporat:
Anda boleh melihat atau muat turun penyata bil anda melalui saluran-saluran berikut:
Untuk Akaun Syarikat Korporat:
Hanya Individu Yang Menguruskan boleh melihat penyata bil dari saluran yang sama. Sila hubungi Pengurus Akaun anda untuk maklumat lanjut.
Yuran akses bulanan prorata untuk pelan baharu & lama akan dicaj.
Penalti Penamatan Awal adalah caj yang mesti dibayar oleh pelanggan jika anda menamatkan kontrak peranti sebelum tamat tempohnya.
Bagi mengelakkan dan memastikan anda tidak terjerat oleh serangan ‘phishing’ dan penipuan online, sila maklum bahawa alamat pengirim rasmi U Mobile untuk e-bil ialah bill@u.com.my atau ebill@u.com.my
Untuk Akaun Individu Korporat, anda boleh muat turun dan semak bil selama 6 bulan terakhir anda melalui Aplikasi MyUMobile.
Untuk Akaun Syarikat Korporat, hanya Individu Yang Menguruskan akaun syarikat boleh menyemak bil melalui Aplikasi MyUMobile.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
E-mel Kami
Kami akan hubungi anda tidak lama lagi.
Cari Lokasi Rakan Niaga Enterprise Kami
Cari Rakan Niaga Enterprise yang terdekat anda.
Hubungi Rakan Niaga Perusahaan
Perlukan bantuan segera?
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}