Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki sebuah iPhone 13 atau iPhone 14 TANPA sebarang bayaran untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perantauan global PERCUMA & 1,000GB Data 5G kelajuan tinggi bersama peranti baharu anda. Info lanjut di sini.
WiFi Calling membolehkan anda membuat dan menerima panggilan melalui WiFi menggunakan nombor mudah alih, membantu anda kekal berhubung walaupun di liputan rangkaian tidak lancar, tanpa caj tambahan.
Liputan Meluas
Buat panggilan di dalam rumah dan bangunan tinggi yang mempunyai isyarat lemah atau tiada isyarat.
Tiada Caj Perantauan
Panggilan pada kadar tempatan walaupun di luar negara.
Panggilan Suara Lancar
Alami kualiti panggilan lebih bagus dengan bunyi latar belakang dikurangkan.
*Caj panggilan tempatan dan antarabangsa standard dikenakan.
Panggilan yang dibuat melalui WiFi Calling akan menggunakan minit pelan di mana ia dibolehkan, walaupun ketika di luar negara. Sekiranya anda tidak mempunyai minit suara yang digabungkan, kadar bayaran mengikut penggunaan akan dikenakan. Panggilan antarabangsa akan mengikut kadar IDD standard.
Panggilan dalam Malaysia | Ke nombor Malaysia | Kadar pelan akan dikenakan, termasuk panggilan tanpa had |
---|---|---|
Ke nombor Antarabangsa | Kadar IDD akan dikenakan | |
Panggilan luar Malaysia | Ke nombor Malaysia | Kadar pelan akan dikenakan, termasuk panggilan tanpa had |
Ke nombor Antarabangsa | Kadar IDD akan dikenakan |
Sangat mudah untuk menggunakan WiFi Calling. Pastikan peranti anda serasi, dan ikut langkah-langkah di bawah.
Langkah 1
Pergi ke Settings.
Langkah 2
Tekan pada General.
Langkah 3
Di bawah menu General, tekan pada About.
Langkah 4
Tekan butang Update bila diminta.
Langkah 5
Kembali ke Settings.
Langkah 6
Tekan pada Phone.
Langkah 7
Pilih Wi-Fi Calling.
Langkah 8
Seretkan WiFi is Calling On This Phone kepada ON.
Langkah 9
Tekan Enable bila mesej pengesahan muncul.
Langkah 1
Pastikan WiFi dihidupkan.
Langkah 2
Pastikan anda terhubung ke titik akses WiFi.
Langkah 3
Kembali ke Skrin Utama dan anda akan dapat lihat ‘U Mobile WiFi’ di atas kiri.
Langkah 4
Untuk membuat WiFi Calling, hanya perlu dail apa-apa nombor.
Langkah 5
Panggilan masuk diterima secara automatik melalui WiFi.
Langkah 1
Kemaskini perisian telefon Android ke versi terkini.
Langkah 2
SMS 'WiFi calling on' ke 28118.
Langkah 3
Tekan Settings, dan kemudian tekan WiFi Calling.
Langkah 4
Seretkan ON WiFi Calling.
Langkah 5
Pilih WiFi Preferred untuk membuat panggilan menggunakan WiFi Calling.
Langkah 6
Tukar WiFi menjadi ON.
Langkah 7
Bersambung ke rangkaian WiFi yang tersedia.
Langkah 1
Pastikan WiFi ditukar kepada ON dan WiFi Calling adalah aktif.
Langkah 2
Untuk membuat panggilan melalui WiFi Calling, hanya perlu dail apa-apa nombor.
Langkah 3
Panggilan masuk diterima secara automatik melalui WiFi.
WiFi Calling membolehkan anda menggunakan nombor U Mobile sedia ada untuk membuat dan menerima panggilan menggunakan sambungan WiFi. Hotspot WiFi anda secara efektif menjadi menara rangkaian U Mobile. Nikmati penjimatan hebat semasa di luar negara dan memanggil nombor Malaysia dengan kadar panggilan tempatan, tanpa bayaran perayauan tambahan.
Ya, kad SIM U Mobile yang sah dan aktif diperlukan. Sekiranya talian anda dihalang, ditangguh atau ditamatkan, anda tidak akan dapat membuat panggilan. Sekiranya anda mempunyai telefon dwi-SIM, sila masukkan SIM U Mobile ke dalam Slot 1.
Semua pelanggan pelan pascabayar dan prabayar U Mobile layak untuk WiFi Calling, dengan syarat pelan kadar anda menyokong "panggilan suara". Ia tidak tersedia untuk pelan "data sahaja" seperti Postpaid MB.
Berhubung dengan wakil kami
Hubungi Kami
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}