iPhone 16 Pro
Unbeatable savings & flexibility with your iPhone 16 Pro via the all-new U Postpaid plans. Enjoy 0% instalment with U PayLater. Sign up today!
Notis Privasi
Notis Privasi (“Notis”) ini menerangkan langkah kami Memproses Maklumat Peribadi yang kami kumpul dari anda sepanjang kami memberikan Perkhidmatan kepada anda, semasa anda menggunakan Laman Kumpulan U Mobile, melawati mana-mana cawangan pejabat kami atau kedai U Mobile, atau apabila anda berinteraksi dengan kami sebagai sebahagian daripada perniagaan kami termasuk menghubungi meja bantuan kami, mengambil bahagian dalam tinjauan atau percubaan, memasuki promosi atau kempen, menghadiri acara kami atau secara amnya bertanya tentang produk atau Perkhidmatan kami. Notis ini akan digunapakai dalam semua keadaan ini . Kami akan melindungi dan mengekalkan privasi anda selaras dengan Notis ini. Notis ini adalah sebahagian daripada, dan harus dibaca bersama dengan kesemua terma dan syarat yang tertakluk pada Perkhidmatan yang anda gunakan. Notis ini hanya diguna pakai jika anda merupakan seorang individu.
Jika berlakunya sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Dalam Notis ini:-
Maksud perkataan lazim tidak terhad oleh contoh khusus yang diperkenalkan dengan istilah “termasuk” atau “sebagai contoh” atau “seperti” atau istilah-istilah yang bersamaan dengannya.
“Rangkaian Kami” bererti rangkaian yang dimiliki atau dikendali oleh kami dan merangkumi rangkaian penyedia perkhidmatan antarabangsa dan domestik kami;
“Maklumat Peribadi” bererti sebarang maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda (atau mana-mana individu lain) sehingga anda (atau individu tersebut) boleh dikenali atau dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milikan kami;
“Proses (termasuk kata berimbuhan seperti Memproses, Pemprosesan dan Diproses)” merangkumi pengendalian Maklumat Peribadi seperti mengumpul, merakam, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan.
“Perkhidmatan”bererti apa-apa perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh Kumpulan U Mobile melalui rangkaian kami serta Laman Kumpulan U Mobile ;
“Kumpulan U Mobile” bererti U Mobile Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 199101013657 (223969-U) dan anak-anak syarikatnya;
“Laman U Mobile” bererti laman sesawang Kumpulan U Mobile termasuk media sosial, portal WAP, aplikasi mudah alih dan mana-mana laman atau portal yang kami miliki atau kendali.
Perjanjian Bagi Memproses Maklumat Peribadi Anda
Dengan memberi Maklumat Peribadi anda atau memperoleh Perkhidmatan atau melawat atau menggunakan Laman Kumpulan U Mobile, anda mengakui dan bersetuju agar Maklumat Peribadi anda di Proses oleh kami dan didedahkan kepada sebarang ahli Kumpulan U Mobile atau kepada pihak ketiga berdasarkan Notis ini.
Jika anda memberi Maklumat Peribadi seseorang selain daripada diri sendiri (contohnya ahli keluarga anda jika anda telah memperoleh dan bertanggung jawab ke atas Perkhidmatan yang akan diguna oleh mereka), kami bergantung pada anda untuk memaklumkan kepada mereka bahawa anda memberi Maklumat Peribadi mereka kepada kami dan untuk memastikan bahawa mereka telah bersetuju untuk anda memberi kami Maklumat Peribadi mereka. Dengan memberi Maklumat Peribadi mereka, anda dianggap telah mendapatkan persetujuan mereka untuk pendedahan Maklumat Peribadi mereka kepada kami.
Jika anda berumur di bawah 18 tahun, sila minta ibu bapa atau penjaga sah anda membaca Notis ini sebelum memberikan kami Maklumat Peribadi anda dan anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberi kebenaran bagi pihak anda untuk kami Memproses Maklumat Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.
Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul
Maklumat Peribadi yang kami kumpul adalah berdasarkan jenis Perkhidmatan yang anda guna atau langgan atau Laman Kumpulan U Mobile yang anda lawati. Maklumat yang kami kumpul termasuk-
Kami juga mengumpul dan Memproses butiran penggunaan anda ke atas Perkhidmatan kami termasuk:-
Maklumat Peribadi Wajib atau Sukarela
Maklumat Peribadi anda yang kami kumpul berkemungkinan adalah wajib atau sukarela. Maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran atau permohonan (ditanda dengan *) termasuk borang melalui Laman Kumpulan U Mobile, adalah contoh maklumat wajib yang anda harus berikan untuk membolehkan kami Memproses permohonan anda dan seterusnya memberikan Perkhidmatan kepada anda. Maklumat wajib lain termasuk maklumat yang telah dirujuk di perkara berkaitan “Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul” seperti yang dinyatakan di atas. Maklumat Peribadi seperti ini dikumpul secara automatik dan jika anda tidak bersetuju untuk memberi maklumat wajib tersebut, kami tidak akan dapat atau tidak akan boleh meneruskan pemberian Perkhidmatan berkenaan atau berkemungkinan kami akan mengehadkan pemberian Perkhidmatan berkenaan.
Maklumat Peribadi Sensitif
Kami lazimnya tidak memerlukan Maklumat Peribadi sensitif tentang anda untuk pemberian Perkhidmatan kepada anda melainkan ia diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Jika anda tidak mahu Maklumat Peribadi sensitif anda dikumpul, sila jangan serah maklumat tersebut. “Maklumat Peribadi sensitif” termasuk apa-apa Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan kesihatan atau keadaan mental atau fizikal, pendapat berkenaan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan yang serupa dengannya, serta perlakuan atau dakwaan perlakuan sebarang jenayah.
Cara Mengumpul Maklumat Peribadi
Maklumat Peribadi anda dikumpul melalui pelbagai kaedah dan saluran secara langsung daripada anda, secara automatik apabila anda menggunakan Perkhidmatan atau Laman Kumpulan U Mobile melalui cookies dan teknologi lain yang serupa, daripada cara penggunaan Perkhidmatan kami yang dikumpul melalui rekod kepunyaan kami atau dari pihak ketiga, termasuk:
Tujuan Mengumpul dan Memproses Maklumat Peribadi
Kami mungkin akan Memproses Maklumat Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dibawah:
Golongan Pihak Ketiga yang Mungkin Mengakses Maklumat Peribadi anda
Dalam Proses menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, Maklumat Peribadi anda berkemungkinan didedahkan diantara Kumpulan U Mobile untuk tujuan-tujuan yang disebutkan di atas dan pihak ketiga yang bekerjasama degan Kumpulan U Mobile termasuk:
Keselamatan Maklumat Peribadi
Kami akan mengambil kesemua langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda. Kami akan mengambil langkah untuk memastikan pihak-pihak ketiga yang menerima Maklumat Peribadi tersebut akan melindungi privasi anda, melindungi Maklumat Peribadi anda, dan Memproses Maklumat Peribadi tersebut selaras dengan undang-undang yang terpakai. Kami akan memeterai kontrak yang sewajarnya bersama pihak-pihak ketiga tersebut, yang akan menetapkan jaminan wajar dari segi langkah-langkah perlindungan teknikal dan organisasi yang mentadbir Pemprosesan Maklumat Peribadi anda, dan memastikan pihak-pihak ketiga ini mengambil tindakan sewajarnya untuk mematuhi langkah-langkah perlindungan tersebut.
Penyimpanan Maklumat Peribadi
Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama yang perlu untuk memenuhi sebab-sebab maklumat tersebut dikumpul, atau untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang, peraturan atau sebarang keperluan perniagaan yang sah. Kami akan mengambil kesemua langkah sewajarnya untuk memastikan semua Maklumat Peribadi yang tidak relevan dan berlebihan dimusnahkan atau tidak boleh dikenali secepat mungkin.
Pemindahan Maklumat Peribadi ke lokasi di luar Malaysia
Kami mungkin perlu memindahkan Maklumat Peribadi anda ke suatu lokasi di luar Malaysia bagi Memproses Maklumat Peribadi anda sebagai sebahagian daripada penyediaan Perkhidmatan kami kepada andaatau jika anda menggunakan Perkhidmatan kami ketika berada di luar Malaysia. Anda bersetuju bagi kami memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar Malaysia, dalam keadaan sebegini. Kami akan mengambil langkah pencegahan sewajarnya untuk memastikan mana-mana pembekal atau penyedia perkhidmatan kami yang terlibat di dalam Pemprosesan Maklumat Peribadi anda terikat secara kontrak agar tidak menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk apa-apa sebab selain menyediakan Perkhidmatan dan untuk melindungi dengan wajar Maklumat Peribadi anda.
Komunikasi Pemasaran
Sebagai pelanggan Perkhidmatan kami, anda akan menerima komunikasi pemasaran tentang produk dan perkhidmatan berdasarkan pilihan dan minat anda, daripada kami, rakan niaga dan rakan strategik kami yang terpilih, yang merangkumi promosi, bahan pemasaran, dan maklumat mengenai acara akan datang. Jika anda tidak ingin menerima atau terus menerima komunikasi pasaran ini, atau jika anda telah bertukar fikiran ke atas pilihan anda sebelum ini, anda boleh memilih keluar daripada komunikasi pemasaran ini dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan di bawah. Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran ini, kami akan menghentikan sebarang kiriman komunikasi pemasaran kepada anda, kecuali komunikasi yang berkaitan dengan Perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda.
Pautan ke Laman dan Perkhidmatan Pihak Ketiga
Notis ini hanya terpakai pada Laman Kumpulan U Mobile dan Perkhidmatan. Jika mana-mana bahagian Laman Kumpulan U Mobile memautkan anda ke laman atau perkhidmatan pihak ketiga, laman atau perkhidmatan tersebut tidak tertakluk kepada Notis ini dan kami tidak bertanggung jawab atau menanggung sebarang liabiliti yang timbul daripada laman atau perkhidmatan pihak ketiga itu. Mana-mana Maklumat Peribadi yang anda dedahkan di laman pihak ketiga atau untuk melanggan perkhidmatan pihak ketiga adalah tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga tersebut (jika ada) dan bukan kepada Notis kami. Sebelum mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada laman pihak ketiga atau melanggan perkhidmatan pihak ketiga, anda patut menyemak notis privasi pihak ketiga tersebut.
Kegunaan Cookies
Maklumat yang kami kumpul secara automatik apabila anda menggunakan Laman Kumpulan U Mobile dan Perkhidmatan kami dikumpul menggunakan cookies dan teknologi lain yang serupa dengannya. Kami menggunakan cookies untuk beberapa tujuan, termasuk menyimpan pilihan keutamaan anda bagi sesuatu jenis produk atau maklumat, analisis lanjut bagi tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk memperbaiki produk kami atau menjuruskan perkhidmatan kami kepada anda. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar atau peranti mudah alih anda agar anda akan dimaklumkan apabila anda menerima cookies atau sebarang alat pengesan lain. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak jika alat pengesan telah dibolehkan pada komputer atau peranti mudah alih anda, atau untuk memohon supaya tidak menerima cookies atau untuk mematikan cookies jika anda tidak ingin maklumat dikumpul melalui penggunaan cookies. Jika anda mematikan cookies, anda mungkin tidak akan dapat mencapai Laman Kumpulan U Mobile.
Hak Anda Bagi Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda
Kami boleh membantu anda mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi anda dalam milikan kami. Jika anda ingin mendapatkan akses atau ingin membetulkan mana-mana Maklumat Peribadi anda, anda boleh mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi anda secara terus melalui akaun atas talian anda di portal layanan diri atau aplikasi mudah alih atau dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di penghujung Notis ini.
Anda perlu menyatakan dengan khusus Maklumat Peribadi yang anda ingin akses atau betulkan. Kebenaran untuk mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi yang anda mohon adalah tertakluk kepada budi bicara kami, dan kami boleh mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda termasuk memerlukan dokumen lanjut sebagai bukti serta butiran mengenai permohonan anda untuk mengelakkan fraud dan ketidaktepatan, sebelum kami dapat membalas permohonan anda.
Kami akan berusaha untuk membalas permohonan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari setelah menerima permohonan anda; jika permohonan anda dibuat melalui kaedah selain daripada portal layanan diri atau aplikasi mudah alih. Kami mungkin mengenakan bayaran untuk memenuhi permohonan anda.
Terdapat beberapa pengecualian di mana kami boleh menolak permohonan akses atau pembetulan Maklumat Peribadi anda. Antara contohnya adalah apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau jika ia dilarang di bawah undang-undang. Kami akan memaklumkan anda sewajarnya dalam keadaan sedemikian.
Menggunakan Hak Pilihan Ke Atas Pendedahan, Pengekalan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda Serta Penarikan Persetujuan
Tertakluk sentiasa kepada hak-hak kami di bawah kontrak dan kewajipan kami di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai, anda berhak membuat pilihan bagi kegunaan atau had penggunaan Maklumat Peribadi anda. Anda turut boleh menarik balik persetujuan anda ke atas Pemprosesan apa-apa Maklumat Peribadi anda yang ada di dalam pegangan kami. Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh memohon secara bertulis kepada kami melalui butiran hubungan di penghujung Notis ini.
Harap maklum bahawa penarikan persetujuan anda bererti kami berkemungkinan tidak akan dapat memberikankan Perkhidmatan yang anda ingini kepada anda, dan ini boleh membawa kepada penamatan mana-mana kontrak yang termeterai antara kami dan anda untuk pemberian Perkhidmatan tersebut, atau anda tidak boleh mendapat akses ke Laman Kumpulan U Mobile.
Kewajipan anda untuk memberi Maklumat Peribadi yang tepat dan lengkap
Anda bertanggung jawab memberi kepada kami Maklumat Peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri sendiri dan mana-mana individu lain yang mana Maklumat Peribadinya diberi oleh anda kepada kami, dan anda perlu menghubungi kami untuk mengemas kini Maklumat Peribadi ini bila dan apabila ia menjadi salah atau lapuk.
Semakan kepada Notis Privasi
Notis ini akan disemak dari semasa ke semasa dan versi yang telah disemak akan diguna pakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi sebelumnya. Jika kami membuat sebarang perubahan kepada Notis ini, kami akan memaklumkan perubahan tersebut di www.u.com.my Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan kami atau Laman Kumpulan U Mobile selepas dimaklumkan tentang perubahan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda boleh menamatkan kontrak Perkhidmatan anda dengan kami atau berhenti menggunakan Laman Kumpulan U Mobile.
Butiran Perhubungan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekhuatiran mengenai Notis ini atau cara kami mengendalikan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di titik hubungan berikut:
Untuk perkhidmatan telekomunikasi | Untuk perkhidmatan kewangan digital |
---|---|
1. Secara bertulis kepada:
Jawatan: Pengurus Perhubungan Pelanggan
E-mel: customer.service@u.com.my
Alamat: Aras 11, Timur, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur |
1. Secara bertulis kepada:
Jawatan: Pengurus Perhubungan Pelanggan
E-mel:
i. Bagi e-wallet: customerservice@gopayz.com.my ii. Bagi perkhidmatan Pemprosesan bayaran saudagar merchantsupport@gobiz.com.my
Alamat: Aras 11, Timur, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur |
2. Telefon kami:
No. Telefon: +6018 388 1318 atau 1318 (jika menggunakan telefon U Mobile) |
2. Telefon kami:
GoPayz hotline: 018-388 3388 GoBiz hotline : 018-388 2929 |
3. Untuk mengakses akaun dalam talian anda:
a. Portal layan diri di u.com.my; atau b. Aplikasi mudah alih: MyUMobile App
|
3. Untuk mengakses akaun dalam talian anda:
a. Bagi perkhidmatan e-wallet: www.gopayz.com.my b. Bagi perkhidmatan Pemprosesan bayaran saudagar: www.gobiz.com.my c. Aplikasi mudah alih:
Bagi perkhidmatan e-wallet: GoPayz app Bagi perkhidmatan Pemprosesan bayaran saudagar: GoBiz App
|
4. Kunjungi Pusat Perhidmatan kami
|
C. Untuk Laman Sesawang WeGoMY | D. Untuk Progam Mini |
---|---|
1. Secara bertulis kepada:
Jawatan: Ketua Jabatan Digital Consumer Services
E-mel: wegomy@u.com.my
Alamat: Aras 11, Timur, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur |
1. Secara bertulis kepada:
Jawatan: Ketua Jabatan Digital Consumer Services
E-mel: wegomy@u.com.my
Alamat: Aras 11, Timur, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur |
2. Akses dan sebarang pertanyaan melalui laman sesawang WeGoMy:
|
2. Akses dan sebarang pertanyaan melalui Program Mini: - WeChat Go Malaysia Mini Program |
Versi: 13 Januari 2022
Enjoy a better, faster and safer experience today!
Drop us your message on Messenger.
Have questions? Feel free to DM us!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}