
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro, 15 atau 13 & bayar RM0 untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perayauan global percuma & 1,000GB data 5G berkelajuan tinggi pada peranti baru anda, hanya dengan U Mobile.
eSIM adalah SIM terbenam yang dimasukkan ke dalam cip kecil di dalam peranti yang membolehkannya memuat turun dan memasang profil U Mobile. Dengan eSIM, anda tidak lagi memerlukan Kad SIM fizikal untuk membuat panggilan, SMS dan menggunakan data.
Semua pelanggan sedia ada dan pelanggan U Mobile Postpaid yang baru didaftarkan layak untuk U Mobile eSIM.
Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada (Pascabayar / Prabayar), anda boleh mengunjungi U Mobile Store terdekat dan meminta SIM Replacemetn untuk menggantikan Physical SIM dengan eSIM.
Untuk penggantian SIM, caj mungkin dikenakan.
Tiada caj dikenakan kepada pelanggan pascabayar U Mobile yang baru mendaftar. Tetapi untuk penggantian eSIM, caj sebanyak RM10.60 (termasuk SST 6%) akan dikenakan sebagai yuran on-off.
Sebarang pengaktifan eSIM bermula 3 April 2025 dan seterusnya, pelanggan layak mendapat 10 muat turun semula PERCUMA pada peranti yang sama. Muat turun semula eSIM berikutnya akan dikenakan caj sebanyak RM10.60 (termasuk SST 6%).
Untuk sebarang muat turun eSIM ke peranti yang berbeza, QR Kod eSIM baharu diperlukan dan caj sebanyak RM10.60 (termasuk SST 6%) akan dikenakan.
U Mobile eSIM kini disokong oleh peranti berikut:
Anda boleh kunjungi U Mobile Store berdekatan dan meminta eSIM untuk peranti anda yang berkemampuan eSIM. U Mobile Store yang dikendalikan oleh rakan kongsi/peniaga yang sah akan tersedia pada masa akan datang dengan tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Sebelum mengaktifkan eSIM, pastikan anda memeriksa sama ada peranti disambungkan ke internet sepanjang proses pengaktifan.
Untuk pengguna iPhone:
Langkah 1 : Pergi ke Settings dan tap > Cellular atau Mobile Data.
Langkah 2 : Tap > Add Cellular Plan atau Add Data Plan.
Langkah 3 : Imbas Kod QR yang diberikan.
Langkah 4 :Tap > Add Cellular Plan atau Add Data Plan untuk muat turun dan pasang profil.
iPhone anda juga mesti dikemas kini dengan iOS 12.1.1 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada laman web pengilang: https://support.apple.com/en-my/HT209044
Untuk pengguna Samsung:
Langkah 1 : Pergi ke Settings dan tap > Connections.
Langkah 2 : Tap > SIM Card Manager.
Langkah 3 : Pilih > Add Mobile Plan.
Langkah 4 : Pilih > Add Using QR Code dan imbas Kod QR yang diberikan.
Langkah 5 : Bila pelan sudah dikenal pasti, tap > Add
Langkah 6 : Bila pelan anda telah dimuat turun dan dipasang, pilih > OK untuk mengaktifkan pelan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada laman web pengilang: https://www.samsung.com/my/support/mobile-devices/using-your-galaxy-smartphones-with-esim/
Nota: Kod QR hanya sah untuk muat turun SATU (1) kali atas sebab keselamatan.
Sila pastikan peranti ini mempunyai sambungan internet atau disambungkan ke WiFi sepanjang proses. OS iPhone juga harus dikemas kini dengan iOS 12.1.1 dan ke atas.
Anda boleh memuat turun sekali lagi dengan mengimbas kod QR pada Kit Pengaktifan. Sekiranya masalah berlanjutan, sila ke U Mobile Stores berdekatan untuk mendapatkan bantuan atau hubungi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan Kod Pengaktifan untuk kemasukan secara manual.
Ya, anda boleh pergi ke U Mobile Store yang terdekat dan meminta penggantian eSIM. Bayaran mungkin dikenakan.
Ya, anda boleh memindahkan profil eSIM anda ke peranti lain menggunakan 'Minta eSIM' dalam aplikasi MyUMobile. Langkah-langkah didapati sini:
Setelah anda menjana Kod QR eSIM baru:
Pastikan anda mempunyai sambungan Wi-Fi yang stabil sebelum memulakan proses ini kerana anda akan kehilangan sambungan data selular seketika semasa memindahkan profil eSIM. Jika anda mengalami sebarang masalah atau mempunyai soalan lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan.
Untuk eSIM, menukar peranti memerlukan kod QR baharu, serupa dengan proses penggantian eSIM. Dalam situasi ini, anda boleh menggunakan slot nano-SIM khusus yang terdapat di iPhone.
Profil eSIM baharu diperlukan. Anda boleh pergi ke U Mobile Store berdekatan dan meminta penggantian eSIM. Bayaran mungkin dikenakan.
Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami dengan segera untuk melaporkan kehilangan peranti. Ambil perhatian bahawa talian telefon bimbit anda akan digantung untuk mengelak penggunaan yang tidak dibenarkan. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke U Mobile Store berdekatan untuk melaporkan kehilangan peranti dan meminta penggantian eSIM. Bayaran mungkin dikenakan.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}