Pendaftaran Diri Prabayar U MobilePendaftaran Diri Prabayar U Mobile
Apa itu U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration adalah proses terjamin yang membolehkan pelanggan mendaftar untuk Prepaid Starter Pack dengan U Mobile tanpa mengemukakan dokumen fizikal untuk mengesahkan identiti anda.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Dokumen yang diperlukan adalah:
Untuk Warganegara Malaysia: Salinan asal MyKad.
Untuk Warga Asing: Salinan asal Pasport Antarabangsa.
Pastikan dokumen pengenalan diri anda sah, yang asal dan dalam keadaan baik.
Maklumat peribadi saya dalam U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration tidak tepat. Bagaimana cara untuk saya kemas kini butiran?
Sila klik pada butang ‘Here’ di bahagian bawah laman Langkah 2: Imbas dokumen ID. Pasukan sokongan U Mobile kami akan membantu anda mengemas kini maklumat mengikut butiran ID. Anda boleh mengesahkan butiran dalam masa 48 jam melalui MyUMobileApp.
Apa yang berlaku selepas proses U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration dilengkapkan?
Selepas proses U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration dilengkapkan, permintaan anda akan diproses untuk pendaftaran dan pengaktifan bagi U Mobile Prepaid Starter Pack baharu.
Apa yang berlaku jika saya enggan memberikan dokumen/maklumat yang diperlukan untuk Prepaid Starter Pack menggunakan U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Anda tidak akan dapat mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan kami jika anda tidak memberikan dokumen yang diminta.
Jika saya berada di Malaysia untuk bercuti dan tidak ada alamat tetap di Malaysia, adakah saya masih boleh daftar untuk Prepaid Starter Pack?
Ya, boleh. Anda boleh menyatakan alamat semasa untuk mendaftar Prepaid Starter Pack (contoh: Nama Hotel dan Alamat).
Saya cuba lengkapkan pendaftaran tetapi ada Mesej Ralat. Apa patut saya buat?
Sila ikut arahan yang dinyatakan dalam mesej. Sekiranya masalah berlanjutan, sila dapatkan bantuan di Stor U Mobile berdekatan yang tersenarai di https://u.my/store atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan kami di +6018 3881318.
Adakah sambungan internet aktif diperlukan untuk pendaftaran?
Ya. Sambungan internet adalah wajib.
Adakah telefon pintar mesti diguna untuk U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Ya. Anda mesti menggunakan telefon pintar untuk melengkapkan.
Bolehkah saya pilih pilihan bahasa saya untuk proses U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration? Bahasa apa yang tersedia?
Ya. Terdapat 3 bahasa yang boleh dipilih - Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Anda boleh memilih bahasa pilihan di skrin permulaan Mini Program.
Berapa lama yang diperlukan untuk buat pendaftaran?
Biasanya kurang daripada 60 saat untuk menyelesaikan proses pendaftaran, dengan syarat semua langkah dilakukan dengan betul dengan dokumentasi yang tepat.
Bagaimana teruskan pendaftaran jika ada gangguan internet pada peringkat awal?
Akan ada had masa untuk anda melengkapkan pendaftaran sekiranya terdapat gangguan internet sepanjang proses berjalan. Sekiranya had masa tamat, anda akan dihala tujukan ke skrin Utama untuk memulakan proses pendaftaran sekali lagi.
Bagaimana jika kamera depan telefon bimbit saya rosak atau kabur? Adakah saya boleh teruskan pendaftaran?
Tidak boleh. Anda dikehendaki menggunakan telefon dengan kamera depan yang berfungsi. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan kamera belakang untuk pengecaman wajah.
Bagaimana untuk tahu jika pendaftaran saya berjaya? Adakah notifikasi akan diberi?
Ya. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima mesej selamat datang daripada U Mobile.
Adakah Kad SIM saya akan luput jika tidak diaktifkan selepas jangka masa tertentu?
Ya. Anda diminta untuk mengaktifkan U Mobile Prepaid Starter Pack sebaik sahaja ia dibeli.
Jika pengaktifan Prepaid Starter Pack activation tidak berjaya, bolehkah saya kembali ke stor tempat Prepaid Starter Pack dibeli untuk mengaktifkan kad prabayar?
Tidak semestinya. Anda boleh dapatkan bantuan lanjut di Stor U Mobile Store berdekatan yang disenaraikan di https://u.my/store atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan kami di +6018 3881318.
Bolehkah saya daftarkan Kad SIM di luar Malaysia?
Boleh. Selagi Kad SIM card dan ID anda masih sah dengan alamat berdaftar di Malaysia.
Adakah saya perlu memasukkan kad SIM ke dalam telefon untuk melengkapkan proses pendaftaran melalui U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Tidak. Anda tidak perlu memasukkan kad SIM ke dalam telefon.
Bolehkah saya guna ID UNHCR untuk U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Bolehkah saya guna ID UNHCR untuk U Mobile Prepaid Starter Pack Self Registration?
Lebih Banyak Cara untuk Berhubung
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.