
Pratempah OPPO Find N5 5G
Jadi yang pertama memiliki OPPO Find N5 yang baharu! Pratempah sekarang & nikmati hadiah percuma eksklusif untuk masa terhad. Dapatkan milik anda sekarang!
Pas Perantauan 24-Jam baharu membolehkan anda menikmati akses Internet Tanpa Had di destinasi terpilih apabila anda berhubung dengan rangkaian pengendali perantauan pilihan kami semasa melancong.
Berikut adalah Pas Perantauan 24-Jam yang tersedia.
Pas Perantauan | Perantauan 24-Jam RM15 | Perantauan 24-Jam RM38 |
---|---|---|
Tempoh Sah | 24 Jam | 24 Jam |
Harga | RM15 | RM38 |
Negara | 10 (Pelbagai-Negara) |
45 (Pelbagai-Negara) |
Kuota Data | Data Perantauan Kelajuan Pantas 1GB sah selama 24 jam berdasarkan waktu pembelian Pas Perantauan (Waktu Malaysia). Setelah kuota habis, anda boleh terus melayari Internet pada kelajuan yang dikurangkan sehingga 512kbps. |
Pas Perantauan 24-Jam tersedia di 55 negara, seperti yang disenaraikan di bawah:
Pas Perantauan | Perantauan 24-Jam RM15 | Perantauan 24-Jam RM38 |
---|---|---|
Negara | Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand | Albania, Austria, Azerbaijan, Belgium, Brunei, Kemboja, Kanada, Republik Czech, Denmark, Mesir, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, India, Ireland, Itali, Jepun, Kazakhstan, Laos, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Mongolia, Belanda, New Zealand, Oman, Pakistan, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Arab Saudi, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Turki, UAE, UK, Ukraine, Amerika Syarikat, Vietnam |
Ya, ia boleh. Data Perantauan Kelajuan Pantas 1GB sah untuk digunakan di 2 negara yang berbeza dalam tempoh 24 jam berdasarkan pas yang masing-masing.
Contohnya:
Anda tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada pukul 11 pagi dan sedang menunggu penerbangan seterusnya ke Australia pada pukul 4 petang. Setelah anda mengaktifkan Data Perantauan, Pas Perantauan 24-Jam RM15 - Auto akan dibekalkan kepada anda. Anda akan dapat menggunakan Pas Perantauan 24-Jam ini, dengan Data Perantauan Kelajuan Pantas 1GB, di kedua-dua negara.
Pas Perantauan 24-Jam tersedia untuk semua Pelan Kadar Prabayar dan Pascabayar U Mobile, kecuali untuk pelan Pascabayar Jalur Lebar U Mobile.
Ya. Selagi talian U FamilyShare anda mengaktifkan Perkhidmatan Perantauan Antarabangsa, kedua-dua talian U FamilyShare dan pemegang talian Utama akan dapat menikmati Perkhidmatan Perantauan. Walau bagaimanapun, caj penggunaan akan dikenakan secara berasingan untuk setiap talian.
Contohnya, menggunakan Pas Perantauan 24-Jam RM15 di Singapura:
Jika pemegang talian Utama dan 1 pemegang talian U FamilyShare menggunakan Data Perantauan pada masa yang sama di Singapura apabila mereka berhubung dengan StarHub, talian Utama akan dikenakan caj RM15 sehari dan tambahan RM15 sehari untuk penggunaan Internet talian U FamilyShare semasa perantauan.
Anda hanya perlu memastikan bahawa Perkhidmatan Perantauan Antarabangsa anda diaktifkan sebelum anda mengembara ke luar negara.
Namun, anda MESTI berhubung dengan rangkaian pengendali perantauan pilihan kami berdasarkan negara yang anda berada.
Anda juga boleh melanggan Pas Perantauan 24-Jam melalui MyUMobile App sebelum tiba di negara destinasi anda.
Ya, anda akan menerima mesej selamat datang yang menyebut nama dan rangkaian pengendali perantauan pilihan kami apabila anda tiba di negara destinasi anda.
Anda tidak akan dapat menyambung ke Internet di peranti mudah alih anda menggunakan data mudah alih.
Untuk terus menikmati sambungan Internet, pastikan anda berhubung dengan pengendali perantauan pilihan U Mobile semasa berada di luar negara.
Peranti mudah alih anda mungkin secara automatik beralih ke penyedia rangkaian lain jika ia mengesan isyarat yang lebih kuat. Dalam kes ini, anda boleh menyambung secara manual ke pengendali rangkaian pilihan kami.
Untuk Pas Perantauan 24-Jam RM15 dan Pas Perantauan 24-Jam RM15 - Auto, kadar rata RM15 akan dikenakan selepas pengaktifan berjaya dan sah selama 24 jam.
Untuk Pas Perantauan 24-Jam RM38 dan Pas Perantauan 24-Jam RM38 - Auto, kadar rata RM38 akan dikenakan selepas pengaktifan berjaya dan sah selama 24 jam.
Ya, anda masih boleh membeli Pas Perantauan. Setelah tiba di destinasi anda, Perantauan Global Percuma akan diaktifkan secara automatik.
Namun, jika anda memilih untuk membeli mana-mana Pas Perantauan 24-Jam, kuota daripada pas berbayar akan digunakan terlebih dahulu. Setelah 1GB Data Perantauan Kelajuan Pantas habis, kuota daripada 15GB Perantauan Global Percuma akan digunakan.
Ya, anda masih boleh membeli Pas Perantauan. Setelah tiba di destinasi anda (Singapura / Indonesia / Thailand), Perantauan 500GB atau 200GB percuma akan diaktifkan secara automatik.
Namun, jika anda memilih untuk membeli mana-mana Pas Perantauan 24-Jam, kuota daripada pas berbayar akan digunakan terlebih dahulu. Setelah 1GB Data Perantauan Kelajuan Pantas habis, kuota daripada 500GB percuma untuk U Postpaid 68 & 200GB percuma untuk U Postpaid Borneo 68 semasa perantauan di Singapura, Indonesia & Thailand akan digunakan.
Ya, anda boleh. Anda juga boleh membeli Add-Ons Roam Share setelah menggunakan Pas Perantauan 24-Jam dan Perantauan Global 15GB Percuma. Dapatkan maklumat lanjut dan melanggan melalui MyUMobile App.
Ya, anda boleh membeli mana-mana Pas Perantauan 24-Jam dan Pas Pelancongan Prabayar pada masa yang sama.
Apabila kedua-dua pas diaktifkan pada masa yang sama, data daripada Pas Perantauan 24-Jam akan digunakan terlebih dahulu kerana tempoh sahnya yang lebih pendek. Setelah 1GB Data Perantauan Kelajuan Pantas habis, barulah kuota daripada Pas Pelancongan Prabayar akan digunakan.
Anda disyorkan untuk mempunyai jumlah kredit yang mencukupi dalam akaun Prabayar anda berdasarkan negara yang anda ingin lawati, sebelum mengembara.
Contohnya, jika anda tidak mempunyai kredit RM15 dalam akaun Baki Kredit Utama anda apabila anda mengembara ke negara-negara di mana Pas Perantauan 24-Jam tersedia, Pas Perantauan tidak akan dikenakan pada anda. Anda tidak akan dapat melanggan Pas Perantauan 24-Jam jika anda tidak mempunyai kredit yang mencukupi dalam Baki Kredit Utama anda. Ini kerana caj Perantauan hanya boleh ditolak daripada Baki Kredit Utama walaupun anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Baki CreditShare.
Anda disyorkan untuk membuat tambah nilai sebelum mengembara. Namun, anda masih boleh membuat tambah nilai menggunakan baucar tambah nilai anda walaupun ketika berada di luar negara.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menggunakan saluran perbankan dalam talian kami untuk membuat tambah nilai semasa berada di luar negara.
Mesej SMS penggunaan Data Perantauan akan dihantar kepada anda setelah anda menggunakan 100% Data Perantauan anda.
Sebagai alternatif, anda boleh menyemak penggunaan Data Pas Perantauan dan tarikh tamatnya melalui MyUMobile App.
Setelah Data Perantauan Kelajuan Pantas 1GB habis, anda boleh terus melayari dengan Data Tanpa Had pada kelajuan terhad sehingga 512 Kbps.
Tiada caj tambahan untuk melayari pada kelajuan terhad.
Ya, anda boleh memperbaharui kuota dan kelajuan Internet anda dengan membeli Pas Perantauan Beberapa Hari yang sesuai untuk menikmati lebih banyak kuota harian dan penjimatan, atau sebagai alternatif, membeli lagi Pas Perantauan 24-Jam (Pas Perantauan 24-Jam RM15 / Pas Perantauan 24-Jam RM38) melalui MyUMobile App atau UMB *118#.
Tiada had untuk jumlah pas yang boleh anda beli dalam sehari. Sila ambil perhatian bahawa Pas Perantauan 24-Jam pertama akan digantikan dengan Pas Perantauan kedua selepas pembelian. Pas Perantauan dengan tempoh sah yang sama tidak akan wujud serentak.
Tidak, Pas Perantauan 24-Jam hanya boleh digunakan di luar negara untuk tujuan perantauan.
Tidak, anda tidak akan dapat menggunakan Data Perantauan di negara yang tidak termasuk dalam senarai Pas Perantauan 24-Jam.
Anda disyorkan untuk mencari alternatif semasa mengembara ke negara yang tidak diliputi oleh Pas Perantauan 24-Jam.
Tidak, anda tidak akan dapat menggunakan Data Perantauan yang diperuntukkan untuk Pas Perantauan 24-Jam RM15, kerana destinasi perjalanan anda hanya layak di bawah Pas Perantauan 24-Jam RM38.
Namun, anda akan secara automatik dibekalkan dengan Pas Perantauan 24-Jam RM38 sebaik tiba, kerana anda tidak mempunyai Pas Perantauan yang layak.
Tidak, pemulangan wang tidak akan diberikan untuk Pas Perantauan 24-Jam yang tersalah dibeli.
Anda disyorkan untuk menyemak kelayakan destinasi untuk pelbagai Pas Perantauan 24-Jam di sini sebelum membuat pembelian.
Caj Perantauan Antarabangsa tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% yang berkuatkuasa mulai 1 September 2018.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}