iPhone 16
Penjimatan & fleksibiliti yang tiada tandingan untuk iPhone 16 anda melalui pelan U Postpaid baharu. Nikmati ansuran 0% dengan U PayLater. Daftar hari ini!
Latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama MCMC (rujuk https://www.mcmc.gov.my/media/press-releases/industry-task-force-for-data-verification-formed).
Objektif utamanya bertujuan untuk membendung penyalahgunaan perkhidmatan mudah alih prabayar untuk kegiatan jenayah dan melindungi pengguna lain daripada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan semua pengguna prabayar didaftarkan dengan tepat dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.
Pengguna prabayar perlu menghubungi penyedia perkhidmatan mereka untuk memastikan bahawa butiran mereka didaftarkan dengan tepat. Pengguna yang terkesan, disarankan untuk mendaftar semula butiran mereka dan memberi kerjasama penuh dengan menghubungi Penyedia Perkhidmatan masing-masing untuk pertanyaan khusus mengenai proses pengesahan data.
Anda perlu mengemas kini Nama, ID dan Alamat. Dokumen pengenalan asal anda (iaitu MyKAD, Passport dll) diperlukan untuk kemas kini pendaftaran.
Penyedia Perkhidmatan akan menggantung dan menamatkan perkhidmatan prabayar dengan segera sekiranya butiran pengguna didapati tidak tepat atau didaftarkan secara salah dan tidak dapat dikemas kini dalam waktu yang ditentukan. Setelah penamatan, baki untuk perkhidmatan prabayar akan dilucutkan dan Penyedia Perkhidmatan tidak wajib untuk mengeluarkan semula nombor yang sama kepada pengguna semasa pendaftaran baharu pada masa akan datang.
Ia akan menjadi latihan berterusan dan berkala oleh SKMM.
Bagi audit pertama ini, pengguna yang terlibat dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat dikemas kini sebelum 30 November 2018. Bagi mereka yang tidak mengemas kini, talian akan ditamatkan pada 1 Disember 2018 dan seterusnya.
Pengguna yang terkesan akan dihubungi oleh penyedia perkhidmatan masing-masing melalui beberapa medium seperti Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
Pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk segera mengemas kini maklumat mereka dengan mengunjungi kedai penyedia perkhidmatan berdekatan.
Log masuk ke Aplikasi MyUMobile App > My Account > Profile & Settings > Profile > Edit (http://u.my/umobileapp); atau
Kunjungi cawangan U Mobile (https://www.u.com.my/store-finder/service-centres); atau
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +6018 388 1318 (Isnin - Khamis, 9 pagi - 6 petang)
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}