
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro, 15 atau 13 & bayar RM0 untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perayauan global percuma & 1,000GB data 5G berkelajuan tinggi pada peranti baru anda, hanya dengan U Mobile.
Anda boleh menukar pelan kadar anda di mana-mana Stor U Mobile atau melalui saluran layan diri seperti MyUMobile App atau Stor Dalam Talian.
Anda boleh menukar talian utama anda kepada talian kongsi di bawah akaun sedia ada anda. Jika anda ingin menukar talian kongsi anda kepada talian utama, anda perlu berkunjung ke mana-mana stor U Mobile untuk melakukan perubahan tersebut.
Anda boleh menukar pelan kadar anda maksimum 6 kali dalam setahun, tanpa mengira saluran yang digunakan untuk menukar pelan kadar. Setiap pertukaran pelan kadar tertakluk kepada tempoh penggunaan minimum.
Tempoh penggunaan minimum adalah tempoh 90 hari selepas pelanggan Pascabayar menukar pelan. Sepanjang tempoh ini, pelanggan dikehendaki kekal pada pelan yang sama dan hanya boleh menurun taraf atau beralih ke pelan Prabayar selepas tempoh 90 hari. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi untuk menikmati manfaat yang lebih baik atau mendaftar untuk peranti baharu dengan U Mobile.
Penyata bil terkini setelah pertukaran pelan mudah alih akan menunjukkan caj berikut:
1. Pelan Mudah Alih terdahulu
Yuran akses dipro-rata
Yuran akses pendahuluan akan dikembalikan dan ditunjukkan sebagai bayaran diterima dalam bil untuk mengimbangi sebarang jumlah tertunggak.
Caj penggunaan (jika ada)
2. Pelan Mudah Alih baharu
Yuran akses dipro-rata
Yuran pendahuluan pendahuluan akan dikenakan mengikut pelan kadar.
Caj penggunaan (jika ada)
Peranti tersedia dengan U Pascabayar 68, U Pascabayar 98 dan U Family 128. Jika anda mempunyai kontrak peranti sedia ada, anda dibenarkan untuk menaik taraf bagi menikmati lebih banyak manfaat. Sebarang penurunan taraf semasa tempoh kontrak akan dikenakan Penalti Penamatan Awal.
Jika kad auto-debit anda akan tamat tempoh, tiada gangguan yang berlaku. Anda masih boleh menukar pelan anda dalam aplikasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, sila kemas kini butiran kad anda untuk mengelakkan masalah pembayaran.
Tiada bayaran pendahuluan jika anda menaik taraf pelan anda melalui saluran layan diri.
Hanya pemilik berdaftar sahaja yang boleh memohon perubahan pelan kadar di mana-mana Stor U Mobile.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}