Bayaran pendahuluan adalah sama dengan yuran bulanan apabila anda mendaftar buat pertama kali untuk mana pelan pascabayar atau jalur lebar. Sebagai contoh, bayaran pendahuluan untuk pelan U Postpaid Borneo 38 adalah RM38. Bayaran ini akan diambil sejurus selepas anda mendaftar pelan yang anda inginkan dan kami akan menggunakannya untuk bayaran bulanan pertama anda. Ia tidak boleh dipulangkan semula.
Anda dikehendaki membuat bayaran pendahuluan apabila adan mendaftar pelan. Sebahagian atau semua yuran bulanan anda akan ditolak daripada bayaran pendahuluan ini. Ia akan ditunjukkan dalam bil pertama anda sebagai bayaran pendahuluan.