iPhone 16 Pro
Penjimatan & fleksibiliti yang tiada tandingan untuk iPhone 16 Pro anda melalui pelan U Postpaid baharu. Nikmati ansuran 0% dengan U PayLater. Daftar hari ini!
Pakej Rahmah Siswa adalah pelan Prabayar yang direka khas untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan perkhidmatan komunikasi asas, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos komunikasi dalam talian bagi mereka yang memerlukan tempoh sah laku yang lebih panjang (180 hari = 6 bulan).
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat oleh setiap operator rangkaian mudah alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu U Mobile, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia dan YTL Communications.
Anda boleh menikmati 30GB Internet dengan Kelajuan 5G/4G Tanpa Had dengan tempoh sah selama 180 hari. Dengan pakej ini, pengguna boleh terus berhubung dan menjalankan aktiviti komunikasi harian dalam talian untuk tujuan yang penting seperti pembelajaran, mengakses dan menghantar emel, menghantar mesej segera, melayari laman sesawang, melayari media sosial dll.
Tertakluk kepada proses langganan yang akan diumumkan kelak oleh setiap operator. Pakej Rahmah terbuka kepada:
Semua pengguna sedia ada Pelan Kadar Prabayar Sedia-5G boleh terus melanggan Pakej Rahmah melalui MyUMobile AppMyUMobile App.
Langkah 1 : Lancarkan MyUMobile AppMyUMobile App dan tekan “Add-Ons”
Langkah 2 : Pergi ke ‘Lain-lain’, pilih ‘Pakej Rahmah’ dan sahkan pembelian anda.
Hanya pelanggan Pelan Kadar Prabayar Sedia-5G boleh melihat serta melanggan pelan Pakej Rahmah.
Pelanggan yang menggunakan Pelan Kadar Prabayar yang lama (contohnya seperti Unlimited FUNZ, Power Prepaid atau Servis Broadband) perlu menaik taraf ke Pelan Kadar Prabayar Sedia-5G melalui MyUMobile AppMyUMobile App dengan pembayaran sekali sebanyak RM5 sebelum boleh melanggan pelan Pakej Rahmah. Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1: Lancarkan MyUMobile AppMyUMobile App dan tekan butang bar menu yang terletak di penjuru kiri sebelah atas.
Langkah 2 : Klik nama Pelan Kadar anda (contohnya Unlimited FUNZ, Unlimited Power atau Power Prepaid) yang terletak di bawah nama dan nombor telefon mudah alih anda.
Langkah 3 : Tekan pada Tukar Pelan.
Langkah 4 : Tekan pada Tukar Pelan Prabayar dan sahkan penukaran anda.
Anda boleh melanggan pakej ini bermula dari 16 Ogos 2024 dan seterusnya.
Ya. Pakej Rahmah ini sah untuk pelanggan servis perkhidmatan Prabayar yang baharu atau sedia ada.
Anda boleh menyemak liputan jaringan mudah-alih di kawasan kediaman anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/ atau merujuk kepada penyedia perkhidmatan mudah alih anda yang sedia ada.
Anda boleh melanggan mana-mana pelan Data lain yang tersedia.
Tiada had untuk melanggan pelan Pakej Rahmah ini. Tetapi, pengguna hanya boleh melanggan satu (1) kali sahaja pada satu masa.
Anda boleh melanggan Pakej Rahmah dengan operator berbeza apabila data telah habis ataupun tempoh sah telah tamat.
Tiada sebarang had penggunaan pada data yang diperuntukkan di bawah pelan Pakej Rahmah. Anda boleh menggunakan Data 30GB untuk melakukan penstriman video, hotspot, permainan dalam talian atau sebarang aktiviti yang memerlukan data mudah alih. Jika kuota data anda tidak mencukupi, anda boleh melanggan pelan Data tambahan yang lain.
Pengguna tidak akan dapat menggunakan baki Data 30GB. Pengguna boleh memilih untuk melanggan semula Pakej Rahmah atau mana-mana pelan Data yang lain untuk terus berhubung.
Ya, anda boleh. Namun, status data untuk Pakej Rahmah anda mungkin berubah.
Pelan Data |
Apakah yang akan berlaku |
---|---|
Pelan U Prepaid | Pelan Data ini akan menggantikan data Pakej Rahmah termasuk baki data. |
Pelan Harian dan Mingguan | Mana-mana pelan ini boleh digunakan dengan Pakej Rahmah. Data Pelan Harian atau Mingguan anda akan digunakan terlebih dahulu sehingga kuota telah habis digunakan atau tamat tempoh, sebelum data digunakan dari pelan Pakej Rahmah. |
Ya, anda boleh. Untuk langganan seterusnya, kuota data anda akan bertambah manakala tempoh sah pula akan bertambah mengikut tarikh langganan terkini.
Tempoh sah kredit anda akan ditambah berdasarkan senario di bawah:
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}