Siapakah yang layak untuk melanggan Pek SIM Prabayar Tersedia 5G?
Pek SIM Prabayar Tersedia 5G disediakan untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang ingin melanggan mana-mana pelan prabayar tersedia 5G U Mobile. (contohnya, Pas Pelancongan 7-Hari, Pas Pelancongan 14-Hari)
Jika saya merupakan pelanggan prabayar U Mobile yang sedia ada, bolehkah saya menukar kepada pek SIM prabayar yang baharu?
Ya. Anda boleh menukar melalui MyUMobile App atau UMB (dail *118#). Baki kredit yang tinggal akan dibawa ke pek baharu. Walau bagaimanapun, semua ganjaran, pelan dan tempoh sah pelan akan terbatal.
Apakah yang disertakan dalam pek prabayar yang baharu?
Pek Prabayar baharu ini disertakan dengan:
Kredit RM6
Percuma 1GB Data Pantas
Percuma 1GB Data Asas
Tempoh sah 5 hari
Bagaimana saya boleh menikmati 1GB Data Pantas percuma?
1GB Data Pantas akan diaktifkan secara automatik sebaik saja Pek SIM Prabayar anda diaktifkan. Tempoh sah adalah 5 hari.
Bagaimana saya boleh menikmati Data Asas 1GB percuma?
Data Asas 1GB percuma akan diaktifkan secara automatik sebaik saja Pek SIM Prabayar anda diaktifkan. Selepas anda habis menggunakan 1GB Data Pantas dan Add-Ons, penggunaan data anda akan kembali ke Data Asas 1GB dan akan diperbaharui setiap 1 hari bulan.
Apakah pelan data yang boleh saya langgan dengan Pek SIM Prabayar Tersedia 5G?
Anda boleh melanggan pelan asas yang disenaraikan di bawah:
Pas Pelancongan 7-Hari
Pas Pelancongan 14-Hari
Apakah kadar panggilan tempatan dan SMS bagi pek prabayar baharu ini?
Panggilan tempatan dicaj RM0.30/minit dan SMS dicaj 12 sen setiap satu. Blok caj untuk panggilan adalah 60 saat setiap blok.
Bagaimana saya boleh kekal aktif untuk akaun prabayar saya?
Hanya perlu tambah nilai akaun anda untuk kekal aktif. Setiap penambahan nilai RM1 bersamaan 1 hari tempoh aktif. Tempoh aktif maksimum pada satu masa adalah 365 hari.
Apakah tempoh sah bagi pek SIM prabayar ini?
Pek SIM Prabayar ini disertakan dengan tempoh aktif 5 hari dan tempoh pasif selama 60 hari.
Tidak Jumpa Bantuan Yang Diperlukan?
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.