Adakah terdapat caj tambahan, kos pengendalian atau kos pentadbiran ke atas tambah nilai prabayar?
Untuk rakyat Malaysia yang mendaftar talian Prabayar U Mobile mengunakan MyKad, NRIC, Kad Tentera Malaysia atau Kad Pengenalan Polis Diraja Malaysia, anda hanya akan dicaj jumlah tambah nilai prabayar TANPA sebarang caj tambahan.
Caj perkhidmatan 6% dikenakan ke atas bukan warganegara Malaysia untuk setiap tambah nilai prabayar seperti contoh di bawah:
Tambah Nilai Prabayar (RM)
Cukai Perkhidmatan 6% (RM)
Baki Akaun Prabayar (RM)
10
0.57
9.43
30
1.70
28.30
40
2.26
37.74
50
2.83
47.17
100
5.66
94.34
365
20.66
344.34
Bagaimana untuk tahu jika transaksi saya berjaya?
Selepas tambah nilai berjaya, anda akan menerima notifikasi berserta resit digital melalui e-mel.
Saya menghadapi masalah dengan pembayaran saya. Apa patut saya lakukan?
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan pembayaran, cuba lakukan langkah berikut:
Lumpuhkan semua 'pop-up blocker', atau periksa sama ada terdapat 'pop-up' yang disekat.
Semak sama ada kad anda menggunakan pengesahan selamat 3D. Sesetengah bank memerlukan pra pendaftaran keselamatan 3D.
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.