Anda boleh menukar pelan kadar anda maksimum 6 kali dalam setahun, tanpa mengira saluran yang digunakan untuk menukar pelan kadar. Setiap pertukaran pelan kadar tertakluk kepada tempoh penggunaan minimum.
Tempoh penggunaan minimum adalah tempoh 90 hari selepas pelanggan Pascabayar menukar pelan. Sepanjang tempoh ini, pelanggan dikehendaki kekal pada pelan yang sama dan hanya boleh menurun taraf atau beralih ke pelan Prabayar selepas tempoh 90 hari. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi untuk menikmati manfaat yang lebih baik atau mendaftar untuk peranti baharu dengan U Mobile.