Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan untuk tambah nilai yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dengan talian U Mobile Prepaid yang didaftar menggunakan MyKad. Pemegang kad pengenalan Tentera Darat Malaysia atau Polis Malaysia tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tambah nilai yang dilakukan oleh bukan warganegara boleh dikenakan Cukai Perkhidmatan. Sebagai contoh, jika bukan warganegara Malaysia menambah nilai melebihi RM30.00, Cukai Perkhidmatan sebanyak RM1.70 akan ditolak dan jumlah RM28.30 akan dikreditkan ke dalam akaun prabayarnya.